semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat dan baik serta ceria... ^_^
hiasi bibir2 anda3 yang manis itu dengan senyuman yang secara tidak langsung akan menyegarkan orang2 di sekeliling kita....
ok...kembali kepada nawaitu asal di mana saya ingin berkongsi sedikit tentang tafsir mimpi...
kenapa tafsir mimpi??
adakah saya orang yang mampu menafsirkan mimpi anda??
ooohhh...tidak3...bukan begitu...
hal ini adalah kerana saya membaca artikel "Tafsir Mimpi" dalam Utusan Malaysia...
perkongsian ini utk rujukan bersama...
mudah2an memberi sedikit ilmu dan manfaat...
Hadis berkaitan mimpi:
Mimpi yang baik berasal daripada Allah. Mimpi yang buruk berasal daripada Syaitan. Maka, jika salah seorang kamu melihat mimpi yang ia sukai, maka janganlah diceritakan melainkan kepada orang yang mencintainya. Dan jika ia melihat perkara yang dibenci dalam mimpinya, maka meludahlah TIGA kali ke sebelah kiri, dan berlindunglah kepada Allah daripada kejahatan syaitan. Dan jangan diceritakan mimpi itu kepada sesiapa. Sesungguhnya ia tidak akan memberi mudarat kepadanya. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
sabda Rasulullah SAW :
Mimpi (terbahagi) tiga. Mimpi yang merupakan gangguan daripada syaitan untuk membuat sedih anak adam. (Mimpi yang asalnya) sesuatu yang difikirkan oleh manusia pada saat terjaga,lalu terbawa hingga ke tidur. Dan (mimpi) yang merupakan satu daripada 46 bahagian kenabian.
(riwayat Ibn Hibban)
Macam mana kita nak tahu mimpi tu datang dari Allah atau Syaitan....?
Tanda sesebuah mimpi itu datang dari Allah ialah :
- menyebabkan kelapangan hati
- akan merasakan kegembiraan dan kebahagiaan sepanjang hari
Tanda sesebuah mimpi itu datang dari syaitan ialah :
- melahirkan kesedihan dan kerunsingan fikiran, maka segeralah meminta perlindungan daripada Allah.
"Sesiapa yang tidak memiliki keahlian dalam tafsir mimpi, maka HARAM baginya mentafsirkannya"
p/s:wallahualam bissawab....yang baik itu drp Allah..yang kurang dan buruk itu drp saya sendiri...