Create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday 4 April 2013

Ulang Tahun Kelahiran-Pertama

Assalamualaikum Expressive Smilies
alhamdulillah...kembali menaip dengan berlapang dada...
kembali tenang daripada segala kesibukan dunia....

Alhamdulillah....
saya telah berusia 24tahun pada hari ini....
ye,,,betul tu...hari ini merupakan ulang tahun kelahiran saya yang PERTAMA..
sebagai ISTERI kepada suami saya... Happy Smilies

Masya Allah syukur kehadrat Ilahi...
walaupun berbagai-bagai rintangan yang melanda, walaupun berdepan dengan berbagai-bagai ragam...
hati suami ini masih setia dan sabar melayani dan menemani si isteri...hehe...

BAHAGIA...
ya! perasaan ini yang saya rasakan saat ini...
walaupun suami jauh di mata,
namun tidak merasakan sedikit kekurangan pada hari yang bahagia ini...
kerana sudah dititipkan bekalan yang akan menceriakan hari..

Ucapan selamat dan kasih...
pesanan dan layanan...
bersyukur sudah bergelar isteri...

dalam pada bergembira,
saya menyedari bahawasanya ada perkara yang tak pernah saya lakukan,
tetapi telah menjadi penting pada tika ini...
kerana saya melihat perilaku suami saya..
ya...saya ini umpama kanak-kanak yang masih baru mengenal dunia...
akan meniru segala perilaku yang terlihat...terutama pada insan-insan yang terdekat..

Alhamdulillah syukur sekali lagi, yang dilihat pada suami adalah perkara yang baik,
makanya walaupun suami tiada di sisi tika ini,
saya masih mampu mempraktikkan perkara-perkara yang baik, yang sama dilakukan suami..

 "sayang, kamu sudah membekalkan ilmu pada isterimu ini"
mahu belajar lagi dan mahu terus menjadi pendampingmu dunia akhirat..
pimpinlah isterimu ini, bimbinglah isterimu ini,
agar dapat menjadi bidadarimu di syurga nanti...

love smileys

No comments:

Post a Comment