Create your own banner at mybannermaker.com!

Monday 21 January 2013

Yang Baik Pasti Mudah

Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrohmanirrahim.... =)
moga sesiapa yang membaca warkah coretan ini mahupun segala isi dalam blog ini berada dalam keadaan yang baik dan gembira...Aaamiin...

alhamdulillah cuaca yang baik memudahkan segala urusan harian daripada urusan hantar anak ke sekolah sampailah dapat melipat kain2 jemuran yang dah kering...hehe...

apekah benda yang baik, yang pasti menjadi mudah menurut perkiraan anda?
setiap perkara yang baik, urusan yang baik dan niat yang baik pastinya akan dipermudahkan...
segala2nya dengan izin Allah...
tiada izinnya maka sukarlah segala kerja kita...
tapi, kalau "malas" tu bukan perlukan izin Allah ye...
itu adalah kehendak kita yang membenarkan sifat malas itu menguasai diri sehingga menyebabkan segala urusan tertangguh...

ape yang nak dikongsikan di sini adalah tentang niat atau yang sering disebut sebgai "NAWAITU"..
kenapa dengan nawaitu?
pastinya semua tahu bahawa setiap yang kita buat tu pasti didahului dengan nawaitu...
dan yang pastinya jika ia ke arah kebaikan dan tentunya Lil la hi Ta'ala...
yakinlah bahawa semuanya insyaAllah dipermudahkan...

nak tolong org contohnya...
Di kawasan kejiranan tempat anda, ada orang yang cedera dan memerlukan rawatan segera..
tapi anda hanya mempunyai motosikal tak kira la cap honda ke, cap modenas ke...yang penting motosikal sahaja yang anda ade untuk tolong hantar ke klinik...hari pulak hampir nak hujan...macam mane nak tolong???
hati bersungguh2 hendak membantu tetapi merisaukan keadaan cuaca yang mungkin akan hujan dipertengahan jalan...
DENGAN TIBA2...dengan kuasa Allah...cuaca menjadi terang...cahaya matahari menyinari segenap kawasan yang gelap diselubungi awan mendung hitam.... =)
adakah anda fikir ini kebetulan??
ucapkanlah alhamdulillah...kerana semua itu kuasa Allah...
Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui setiap apa yang kita lahirkan mahupun yang kita sembunyikan...
Allah melihat hati kamu3 yang ingin berbuat kebaikan pada orang lain... =)
syukur ke hadrat Ilahi ke atas segala kebaikan yang dilimpahkan pada kita, keluarga kita dan orang2 di sekeliling kita...dan ke atas segala yang dipermudahkan...

Kesimpulannya...
Niatkan setiap perkara itu kerana Allah...
moga rahmatNya sentiasa bersama-sama kita... =)

p/s:sekiranya hajat yang baik itu melalui proses yang sukar...itu adalah ujian daripadaNya kepada kita..

No comments:

Post a Comment